Followers

Friday 23 December 2016

GaLeRi TsUnAMi KoTa KuAla MuDa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum..hari ni nak share crita 2 bln lps. Time ni kami bwk keluarga angkat encik suami bertunang di Kota Kuala Muda. Kota Kuala Muda yg satu ketika dulu mencatat kenangan pahit dalam sejarah negara kita. Tapak tinggalan Tsunami diabadikan menjadi sebuah galeri utk menyimpan kenangan ngeri ketika kejadian.

Galeri Tsunami ini dibina bersebelahan dengan tapak asal rumah penduduk yang musnah dimana hanya tinggal dinding serta lantai asal. Bekas tinggalan tapak rumah ini diabadikan di dalam kawasan berpagar galeri.

 Replika sampan disusun sebagai trademark Galeri Tsunami

Sebelum memasuki simpang galeri, replika sampan disusun dgn kreatif skali..pelbagai kombinasi warna menyerlahkan lagi kretiviti kota kenangan ini.

 Tsunami 26 Disember 2004 mengorbankan 68 org rakyat Malaysia. Kawasan Kota Kuala Muda merupakan kawasan yang paling teruk terjejas dan kesannya masih ada sehingga hari ini.

Sempat lagi mengabdikan kenangan

Bahagian pintu masuk Galeri..

"Pencinta" sejarah sedang mentelaah..hehe..


Kebanyakan kenangan diabadikan dalam bentuk gambaq dan ada juga dalam bentuk lukisan.


Bilik tayangan montaj situasi pada hari kejadian

Secara jujurnya, perasaan ketika memasuki galeri ni tak dpt digambarkan dgn kata2. Apatah lagi time kami sampai dgn bilangan rombongan seramai 25 org, pihak galeri menyediakan tayangan montaj menceritakan situasi pada hari kejadian. Sebak, sedih, takut smuanya ada.



lawatan D.Y.M.M.  Sultan Kedah


lukisan kanvas





Naskah Al-Quran yang ditemui selepas bencana Tsunami dikumpulkan di sini.



tapak tinggalan rumah yg musnah ketika bencana

mmg sayu melihatkan bekas tinggalan rumah yg hampir roboh..tak dpt nk bayang mcmna situasi time kejadian..


 tak dapat nak nafikan penubuhan galeri ni merupakan usaha yang sgt baik dalam menyumbang dan memelihara sejarah negara utk generasi akan datang. Galeri ini juga adalah destinasi yg harus dikunjungi bersama keluarga kerana dpt mendedahkan anak2 dengan sejarah negara kita supaya mereka lebih menghargai apa yg ada pada hari ini.

Wassalam.


Teratak Qaseh Humaira








No comments:

Post a Comment