Followers

Tuesday 29 November 2016

MaLaYsiA ThAiLaNd HaLaL FoOd FeStiVal




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum sahabat2 blog yang dikasihi. Pagi ni nak share Malaysia Thailand Halal Food Festival yg tgh berlangsung di tempat  aku...of cos la Parit Buntar is My Hometown..

Hari mula tu aku dah serbu..time tu pkl 10.00 malam dah..org tersangat la ramai masa tu walaupun dah lewat..

family aku dgn  Thai food ni mmg tak boleh dipisahkan...ada ketikanya kami sanggup ke Padang Besaq semata-mata utk mkan mkanan Thai ni..Antara kesukaan kami ialah kerabu maggie dan pulut ayam..

antara gerai yang turut serta
aneka pilihan makanan
yang ni gerai makanan Malaysia

harga semua standard..yang membezakan adalah pilihan gerai..klu terkena yg sedap, untung badan..ada gerai yg x brp nak memenuhi selera n tekak melayu kita ni ha...

tapi don wori..makanan malaysia pun ada jgk..pastu siap ada mcm ekspo yg juai baju, bag dan mcm2 lagi..pendek kata mmg happening la..tmpat parking pun ssh nak dpt..sambutan mmg menggalakkan..

sila jamu mata antara menu yg sempat dirembat malam tu..jgn ada yg tringin sudah yer..klu ada yg meleleh ayaq liuq tu, mai la ramai2 ke Dataran Alamanda Parit Buntar..(ingat Putrajaya ja ka ada Alamanda...hehehe)

teloq bungkus rangup..(ntah apa nama dia)..x dan nak tanya..tp mmg sedap mkn dengan sos thai..
 haaa....ni la pulut ayam kegemaran org rumah dgn anak2..
yang ni kerabu kaki ayam.. (ada brani...???)
hat ni la kerabu maggie idaman hati..tp, dlm byk2 gerai, satu gerai ja sedap..yang lain terlajak masam...

pandai2 la memilih..sekian utk kali ni..


Wassalam..


Teratak Qaseh Humaira


Thursday 24 November 2016

CaBaRan PeRtaMa OPiS BaRu



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


 Assalamualaikum..wahhhh..termula update makanya nak update lagi..sementara nak cemuih pulak..hokey..


Hari ni nak storie-morie task pertama kat opis baru. Lapor diri hari Isnin, tiba-tiba kena join officemate baru buat presentation untuk "Innovation Challenge" peringkat HQ pada hari jumaat. Hari kelima, bayangkanlah...kita pun baru nak kenai officemate. Yang kat HQ apatah lagi la kan..Aku sahut jugak cabaran bersama 5 ahli kumpulan termasuklah bos baru.

Hari yang dinanti pun menjelma jugak. Kami pun present. Setiap ahli kumpulan kena cakap.Inovasi ni idea bos aku sblum aku masuk opis ni lagi. Kiranya aku ni "tukang karut" ja la. Tak confident pun nak menang bila tgk team lain smua hebat2. Paling kuat pun sasaran aku tempat ketiga. Panel Juri pulak import dari MPC. Salah sorang juri tu aku kenai coz dia pernah audit 5S kat opis lama dulu.

Bila pengumuman hadiah tempat ketiga, mmg dah bukan milik kami. Apatah lagi tempat kedua. So, mmg kami pun x kisah. Tapi, bila hadiah tempat pertama diumumkan...aku dengaq macam nama team aku. Tapi macam bukan...Emcey tu terlampau gimik sangat, smpai jadi mcm x berapa nak clear sebutan dia. Kami pun buat x tau ja. At last, smua org pandang team kami. Baru kami perasan team kami yg jadi Juara....yeaaaaaaa...

Kenangan Team yang menang bersama Y.A.A Dato' dan Panel Juri dari MPC.
^
^
^
nak perasan sat...!!!
macam x percaya ja kann...??
semua ni hasil penat lelah dan idea bos aku Puan Siti Aminah dan team..Aku ni bidan terjun yg menyumbang beberapa kerat ayat time present tu..
Alhamdulillah..permulaan yang baik di opis baru. Satu kenangan yang indah. Doakan semoga aku terus berjaya mencipta kerjaya di tempat baru...Amin Ya Rabb...

Alhamdulillah...

* bertemu sahabat lama Siti Aishah di opis baru...Jejak Kasih la pulak..


Wassalam..


Teratak Qaseh Humaira

Tuesday 22 November 2016

LaSt DaY OFiS LaMa..



 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum..lama kiranya aku x update story morie. Rasanya dah lebih setahun aku menyepi dari alam maya ni..cewahhhh..

Comeback kali ni untuk penghujung tahun 2016, cerita yang agak sedih. Hampa smua kena siapkan sapu tangan ka..tisu ka..Coz apa yg nak aku kongsi ni agak sedih la jugak. Tapi x tau la hampa sedih ka dak ka. Tak pa lah..aku sorg ja kut yg terlebih sedih. Besa la dah tua2 ni. Terlebih emosi..

Dah siap ka tisu..? Okey..jom kita start.....

^
^
^

Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Hampa besa dgq x..? Tu la yang terjadi kat aku..lebih 14 tahun aku mencurah bakti di Opis lama ni,  x dak angin x dak ribut, aku ditukaqkan ke Jabatan lain. Sapa yang x sedih. 14 tahun kut. Bukan 4 tahun. Tapi apakan daya. Mau ka, x mau ka..! Suka ka, x suka ka..! Itulah hakikat kehidupan. Takdak yg kekal kat dunia ni. Walaupun pahit, kena terima. Kena move on.

Patah tumbuh hilang berganti, sahabat lama tetap di hati. Hari last pun sampai jgk. Nak berlakon x sedih, aku bukan Pelakon Wanita Terbaik. Cover, jgn x cover. Kalau boleh x mau ada ayaq mata setitik pun. Takut lagi berat hati nak melangkah. Buat kawan2, adik2, kakak dan abang..Terima kasih coz siapkan majlis yg sempoi. Tapi sori..slide tu mmg x blh langsung nak layan..syahdu gila..huhu..tq pada nizam n sue yg memerah idea utk slide..sampai hari ni x blh nak tgk.

Terima kasih buat smua kwn2 dan adik2 utk hadiah yg mcm2..jgn lupa kakakmu ni ya..Opis baru kat sebelah ja..mai la jenguk2..


 bersama kak tie (nampak mcm kemetot ja aku dlm pic ni kann..)



 farah..sweet bouquet tu..tqvm


 sahabat baru, nana..tq utk hadiah tu..sat ja kita sempat bersama..


 


 utk adikku yg comel, nani..tq to you too..


Buat Cik Lin,Abe Zerri, pidah, sue, shida, zaid, ilah, syam dan nizam..terima kasih. Walaupun kita jauh di mata, tapi dekat di hati..

Buat kakakku hasliza..tqvm coz sudi teman adikmu ini samapi hari last pun balik lewat sama2. Siap angkat barang n kena hujan lagi..x terbalas rasanya budi kakakku ni..

Buat adik2 kesayangan..ina n wehda, selamat berpantang. Team kita dah tinggal nama. huhuhu..kalian tetap di hati..

^
^
^
Terima kasih smua untuk  "Kenangan Terindah Admin 2016"


Loves...,


-Teratak Qaseh Humaira-